Bahagian

Waktu Solat

Wednesday, August 10, 2011

Umar Terhantuk

Umar kini hampir 8 bulan, pergerakannya semakin aktif. Malah sekarang Umar sudah mula cuba berdiri dengan berpegang kepada sesuatu walaupun belum pandai merangkak.

Bila sudah aktif, masalah utama ialah bayi akan lebih banyak terjatuh. Jika dikira , sudah 5 atau 6 kali Umar tersungkur dan kepalanya terhantuk pada lantai. Sakit sungguh. Menangis walau seketika. Agaknya Umar , lagaknya macam Umar alKhattab..(hehe). Tapi kesian si Umar...Baba Umar dan Mama Umar harus memberi perhatian yang lebih pada peringkat ini.Bukan saja lebam disebabkan terhantuk malah tangan dan kaki mereka juga boleh patah dan terseliuh.

Tanda - tanda :

Jika si manja anda terjatuh tanda2 berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda2 tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan

Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh.




Lebam pada bahagian belakang telinga.




CT Scan menjunjukkan perdarahan ( bahagian putih) pada bahagian otak






0 comments:

Post a Comment