Gembiralah Ketika Berbuka

Setelah seharian berpuasa,saat berbuka kian tiba. Maka berhimpunlah sebuah keluarga.Ayah,Ibu,Abang,Kakak,adik semuanya bersama. Menantikan saat berbuka cukup menceriakan.Si adik sudah bersedia duduk di meja makan. Yang lain sibuk bersedia untuk berbuka. Alhamdulillah , berbuka adalah nikmat dan rahmat Allah s.w.t.

Ketika ini, ayah dan ibu sebaik - baiknya mengambil peranan.Mewujudkan suasana gembira ketika berbuka. Ayah dan ibu mengajak anak - anak duduk bersama. Sambil memulakan zikir bersama - sama . Sekurang - kurangnya istighfar. sejurus selepas zikir dilengkapkan dengan berdoa.Ayah memulakan doanya dibaca dan diaminkan oleh keluarga tercinta.seterusnya Ibu membacakan doa ringkasnya sambil diaminkan. Giliran abang , kakak dan akhirnya adik. Seterusnya ayah mendoakan kesejahteraan keluarga. Mengingatkan keluarga.

Lalu bila azan berkumandang. doa bersama dan makan bersama sekadarnya.....Tarbiah Ramadhan sangat bernilai.Wallahua'lam

Comments