Bahagian

Waktu Solat

Saturday, October 1, 2011

NADAMURNI - Ulama Pewaris Nabi

Nasyid - Nostalgia (Shoutul Amal)

Mana Bukti Cintaku ?

muhasabah
mencari kebenaran
membentuk keazaman
membukti dengan tindakan


Mana Bukti Cintaku Padamu Allah ?


Kukata ku yakin padaMu
Kukata ku meyakini kewujudanMu
Kukataku meyakini kekuasaanMu
Kukataku meyakini kebijaksanaanMu
Kukataku meyakini kau menghidupkan ku
Kukata ku meyakini hidup dan mati untuk Mu
Kukata ku meyakini Muhammad s.a.w utusan Mu
Kukata ku meyakini alquran panduan hidupku
Kukataku meyakini ajal dan maut di tangan Mu
Kukataku meyakini ibadahku tanda syukur pada Mu
Kukataku meyakini solat menenang jiwa
Kukata ku meyakini solat mencegah kemungkaran dan kemaksiatan
Kukata ku meyakini sujudku benar – benar pada Mu
Ku kataku meyakini Islam satu – satunya cara hidup yang Kau redhai
Kukataku meyakini syurga dan neraka tempat tuju akhirku
Tapi….aku hampa…bila tindakanku tidak selari dengan dengan apa kukata
Aku jarang – jarang solat fardu
Aku malas bangkit untuk solat subuh
Aku tunduk pada makhluk lain
Aku bergaul bebas
Aku menjual maruahku
Aku mendedah auratku
Aku melihat sesuatu yang kau larang
Aku tidak patuh pada ibudan ayah
Aku berhibur di luar batas
Aku membuat perkara haram
Aku tidak sujud padaMu
Aku tidak pandai membaca quran
Aku jarang mendalami isi kandungan al quran
Aku tidak mencontohi RasulMu Muhammad s.a.w
Aku tidak berusaha mencari ilmu mengenal Mu
Aku menjadi hamba dunia
Aku lupa akhirat yang kekal abadi
Aku tidak bersedia untuk hidup di alam seterusnya
Alam barzakh dan alam akhirat
Aku makan benda yang haram
Aku minum benda yang haram
Aku pakai pakaian yang haram
Aku tidak sanggup mengorban tidur ku untuk bermunajat padaMu
Aku sanggup berhibur sampai lupa akhirat
Aku bangga dengan kekayaanku
Aku bangga dengan kepintaranku
Aku lupa kekayaan dan kepintaran itu dari Mu
Aku lupa untuk mengingati mati
Aku lupa untuk bersedia menghadapi kematian
Aku mengikut nafsu ammarah ku
Aku membuat sesuatu tanpa berlandaskan ajaran Islam
Aku lupa al –Quran itu untuk dipraktikkan dalam hidupku bukan hanya untuk dibaca
Aku lupa yang aku sedang mengikut jejak langkah syaitan
Aku lupa yang aku mengikuti jejak langkah yahudi dan nasrani
Aku lupa bahawa tindakan ku tidak selari dengan apa yang kau ajar


Mengapa jadi begini ?
Terbuktikah cintaku padaMU
Aku jelas berbohong padaMu sebenarnya
Sedangkan Aku meyakini engkau Maha Mengetahui segala – galaNya
Sedangkan aku hidup di sini untuk mencari redaMu
Berkorban demi Mu
Ini lah bekalan ku untuk hidup kea lam seterusnya
Tapi aku hamba yang tidak tahu bersyukur
Aku hamba yang lalai


Ya Allah , tika dan saat ini ya rahman ya rahim
Aku memohon keampunanmu
Aku bertaubat atas kelalaian dan kealpaan ku
Aku taubat Ya Allah
Aku taubat Nasuha ya Allah
Aku tidak mahu jadi begitu lagi ya Allah
Aku turut perintahMu
Aku hinder laranganMu
Aku usaha memperbaiki iman dan amal ku
Aku usaha merubah cara hidupku menjadi muslim yang benar
Ya Allah , terimalah penyesalan dan taubat ku ini …
Kali ini aku tidak main – main ya Allah.


Nukilan : Alias al-hamdi