Alam Ciptaan Allah Untuk Manfaat Manusia

Firman Allah :

"Dan Dialah yang menjadikan bintang - bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan ( malam ) di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda - tanda kebesaran ( Kami ) satu persatu bagi orang - orang yang mengetahui." ( Surah al-An'am : 97 )



Allah s.w.t telah menciptakan segala yang ada di dunia ini termasuklah bintang - bintang di langit sebagai anugerah kepada manusia. Dia juga telah mempermudahkan segala kejadian tersebut kepada manusia supaya mereka dapat merasai segala nikmat zahir dan batin yang tersembunyi di sebalik penciptaan tersebut. Sebagai makhluk yang lemah, sewajarnya manusia melihat semua ini sebagai tanda kebesaran, kesempurnaan dan kemuliaan Allah s.w.t.



Malahan lebih daripada itu ialah untuk manusia mencari reseki dan menjadi pedoman kehidupan di dunia ini. Sekiranya manusia meneliti dan mengambil ikhtibar daripada semua kejadian tersebut, nescaya mereka tidak akan tersesat dari landasan kebenaran yang telah ditetapkan. Ini kerana segala urusan yang berkaitan dengan kehidupan dunia dan akhirat telah diperjelaskan di dalam al - Quran. Oleh itu, manusia perlu memanfaatkan segala hasil dan rezeki di sebalik kejadian ciptaan Allah s.w.t dengan sebaik - baik untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. Setiap yang dijadikan oleh Allah s.w.t itu ada faedahnya untuk manusia.



Kejadian alam semesta adalah sebahagian daripada tnada keagungan Allah s.w.t. Sebagai makhluk ciptaan Allah, kita hendaklah bermuhasabah tentang hikmah di sebalik ciptaan dan kejadian dunia ini untuk menunjukkan rasa syukur dan tawadduk terhadap keagungan ilahi.

Comments