Jadikan Sabar dan Solat sebagai Pembantu Peribadi Anda

Sebagai insan, sudah menjadi lumrah hidup mengalami perkembangan hidup. Hidup di dunia ini dibatasi oleh umur yang terhad yang menjadi kayu ukur terhadap perkembangan diri seseorang. Dalam setiap usia yang dijalankan oleh Allah s.w.t itu, telah diciptakan pelbagai situasi yang menjadi ujian dan cabaran bagi setiap insan. Bagaimanakah Allah menilai prestasi individu? Sejauhmana mereka menghadapi setiap usia dan ujian hidup berlandaskan keimanan dan syariat Islam, sejauh itulah prestasi yang akan dinilai. Oleh itu, para nabi dan rasul adalah insan - insan yang berprestasi tinggi. Selayaknyalah mereka ini diteladani. Sebagaimana sahabat - sahabat Rasulullah s.a.w , menyelusuri kehidupan mereka berlandaskan ajaran baginda s.a.w. Sehingga mereka juga berhak mendapat pengiktirafan Allah s.w.t sebagai antara mereka yang berprestasi tinggi di sisi Allah s.w.t.

Dua perkara yang menjadi pegangan hidup mereka selari dengan ajaran al - Quran iaitu sentiasa sabar dan solat.
bersambung....

Comments