Setiap Kepayahan Ada Jalan Kesenangan

Bersusah - susah dahulu , Bersenang - senang kemudian.

Pepatah ini biasa menjadi diungkapkan oleh setiap daripada kita. Hakikatnya, jarang sekali kita mengambil iktibar lebih - lebih lagi menghayatinya.

Resam hidup, bagi memperoleh kesenangan, kejayaan, ketenangan, kegembiraan, kemenangan perlu melalui laluan getir iaitu kepayahan, kegagalan, kesibukan, kekacauan, kesedihan, kekalahan.

Ramai orang memilih jalan singkat. Ya, kita boleh mencari laluan singkat dengan perancangan, strategi, tindakan cemerlang. Perlu ada usaha dan tawakkal iaitu berserah diri kepada Allah dan berdoa. Tapi memilih jalan singkat melampaui batasan ilahi, tidak membahagiakan dan memenangkan kita. Orang berpemikiran cetek selalu terjebak.

Jenayah ragut. Satu bukti yang ada orang ingin cepat kaya.tapi membahayakan jiwa orang lain.
Jenayah Rasuah. lagi bukti orang yang mahu cepat kaya juga tapi merosakkan usaha orang lain.
Tabiat Merokok.bukti orang yang ingin rasa kelegaan, ketenangan tapi padahnya ditanggung.
Cukuplah tiga dan banyak lagi.

Comments