Sahabatku yang dikasihi,
Bergembiralah bahawa telah sampai padamu petunjuk Allah s.w.t. Petunjuk yang hanya di bawah kekuasaan dan kehendak Allah s.w.t. Cerialah hidupmu kerana mendapat pedoman hidup yang lengkap dan sempurna. al - Quran dan as - Sunnah , wahai sahabatku , menurut Rasulullah s.a.w, jika kamu berpegang teguh pada kedua - duanya , sudah pasti kamu tidak akan sesat selama - selamanya. Yakinlah bahawa al - Quran pembuka , penunjuk , formula daripada Pencipta Yang Maha Agung. Sedarlah bahawa Rasulullah s.a.w memberi harta yang paling berharga dalam hidup manusia iaitu Sunnah Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w pemimpin kita ke jalan dan cara hidup yang betul lagi benar di atas muka bumi ini.
Jelaslah wahai sahabatku,
Bijak dan mulianya seseorang terletak pada sejauhmana pemahaman dan penghayatannya terhadap al - Quran dan as - Sunnah dalam kehidupan. Berdoalah agar kita senantiasa bernafas , bergerak , beraktiviti berpayungkan lembayung al - Quran dan as - Sunnah.
Wassalam
Comments
Post a Comment