"Sibuklah , aku sedang buat kerja rumah. Banyak betul. Kadang - kadang tu sampai tak sempat nak solat. Nanti - nantilah tunggu ada masa!" Mudahnya beri alasan. Senang beri dalih. Sibuk sangatkah ? Hinggakan ia merantai dirimu untuk melaksanakan ibadah yang wajib ?
Sahabatku,
Solat lima waktu adalah salah satu rukun Islam yang wajib dipatuhi setiap muslim. Solat juga tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Oleh itu tidak wajar jika engkau beralasan sibuk kerja atau apa sahaja sebagai halangan untuk mendekatkan diri dengan Allah.
Sedarlah temanku,
Rasulullah bersabda yang bermaksud :
Sesiapa yang akan lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya : "Dan dirikanlah solaty untuk mengingatiKu." ( Riwayat Bukhari ).
Solat merupakan tiang agama, wahai saudaraku. Sesiapa yang mengerjakannya bermakna dia menegakkan agamanya. manakala orang yang meninggalkannya bermakna dia telah meruntuhkan agamanya.
Besarnya peranan solat sehingga Allah tidak membenarkan sebarang alasan untuk kita abaikan ibadah ini. Dalam sakit, apatah lagi sihat, dalam apa sahaja cuaca dan tempat, solat tetap wajib ditunaikan. Hatta jika terlupa sekalipun, apabila sudah teringat, wajib kita menunaikannyua atau menggantikannya dengan kadar segera.
Wahai kawan yang dikasihi Allah,
Sebenarnya saudaraku, solat itulah waktu kamu bermunajat, bertemu Allah, berhubung terus denganNya, merintih, menyeru dengan berdoa, mengharap, merenung dan menginsafi, mengkoreksi diri, membina keimanan dan segala - galanya. Solat itulah tanda syukurmu padaNya. Solat jualah bukti asas dirimu tunduk pada tuhan yang esa. Tidak mensyirikkannya. Jadi bila ada dalam jiwamu yang lebih penting daripada seruan solat menghadap ilahi, maka bibit - bibit syirik itu mula menodai hatimu yang suci. Nauzubillah.
Usrah ini menyeru dirimu, bangkitlah segera melaksanakan kewajipan utama ini, sementara hayatmu masih dikandung badan.
Comments
Post a Comment