KITILOP

Maksud saya , politik sekarang sudah tunggang terbalik. Wahai rakanku sekalian , jom kita 'check' kamus Dewan sepintas lalu bagi memahami APA ADA PADA POLITIK ?

POLITIK maksud ;


  1. = ilmu politik . ilmu pengetahuan berkenaan cara pemerintahan  ( dasar - dasar pemerintahan dll ) , ilmu siasah , ilmu kenegaraan . 
  2. segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain. 
  3. kelicikan , muslihat , tipu 
Baca sahaja maksud yang diketengahkan oleh Kamus Dewan. Patutlah Politik Melayu kita telah tunggang terbalik . Sebabnya , mencampurgaulkan ke semua ketiga - tiga maksudnya. Barangkali Dewan Bahasa dan Pustaka patut atau wajar menggugurkan maksud ketiga itu daripada maksud politik. Politik dalam Islam tidak berkompromi dengan maksud ketiga itu. 

Ada baiknya rakan semua rujuk SOLUSI isu no 31 dalam ruangan KATADUA. 

Sedikit petikan daripada makalah itu, 

" Urusan kepimpinan menurut Islam adalah manhaj ( jalan ) untuk menegakkan ubudiyyah kepada Allah s.w.t melalui khidmat sesama manusia. Dari segi istilah , politik bermakna " the arts and science of government" atau 'siasah' dalam bahasa Arab berasal daripada kata dasar yang bermakna 'to lead , to guide , to conduct , to direct ' 

Pemimpin mewarisi tugas Rasulullah s.a.w. untuk memimpin manusia dan menyelamatkan nasib mereka , bukan hanya di dunia bahkan di akhirat. Bukan sahaja untuk mendapatkan kesenangan fizikal dan material bahkan juga ketenangan dan kebahagiaan rohani. 

Begitulah , bersihnya matlamat politik dan begitulah hendaknya , bersih jugalag kaedah kita berpolitik. Bagaimana berpolitik dengan cara bersih . 

Jawabnya , ia mesti ditunjangi oleh AQIDAH yang mantap , dipantau oleh SYARIAT dan dihiasi dengan AKHLAK .

Jadi ingat - ingatlah  , sesiapa sahaja bergelar pemimpin ! 

Sabda Rasulullah s.a.w : Setiap kamu adalah pemimpin . maka setiap kamu adalah bertanggungjawab memimpin orang bawahan atau rakyatnya' 

Renung - renungkan dan selamat beramal..

Wassalam  

Comments